BeritaPendidikan

Raja Muda Perlis nasihat para graduan terokai potensi diri

Begitu ramai orang yang bergraduat atau menimba ilmu dalam bidang pengajian lain tetapi bekerja dalam bidang yang lain. Itu tidak menjadi satu masalah. Tidak kira apa jua bidang pengajian yang dipelajari oleh seseorang itu, kadang kala terdapat sisi lain yang tidak ‘kelihatan’.

Oleh itu, kepada yang masih belajar, bukalah mata untuk memilih kerjaya yang bakal diceburi selepas tamat belajar nanti bermula dari awal lagi. Mungkin kerjaya tersebut selari dengan sijil kelulusan tetapi mungkin juga berlainan bidang. Maka kenali faktor-faktor penarik sebelum membuat keputusan memilih kerjaya idaman masing-masing.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Hanafi Shafie 35 tahun seorang pelukis yang berniaga secara dalam talian dan sedang menjaga ibu yang sakit di Kg Chantik, Padang Besar baru-baru ini.

Terdahulu daripada itu baginda yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor turut berkenan menyantuni Mas Suenah 50 tahun seorang penoreh getah dan Roslan Md Desa 54 tahun yang bekerja kampung sempena program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf’ di rumah masing-masing

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengingatkan kepada para pelajar yang bercita-cita supaya bidang kerjaya selari dengan bidang pengajian yang diambil hendaklah membuat kajian mendalam terlebih dahulu tentang apakah kekuatan subjek yang diperlukan untuk bersaing agar berjaya menempatkan diri dalam kerjaya yang diingini.


Juga, dapatkanlah nasihat daripada mereka-mereka yang berpengalaman dan telah berjaya terutama sekali dalam aspek pengalaman pahit dan manis serta kejayaan dan kegagalan di sepanjang laluan kerjaya mereka untuk dijadikan sebagai iktibar. Dapatkan pandangan mereka berkaitan apakah kemahiran terkini yang diperlukan atau diharapkan oleh para majikan terhadap pekerja mereka.

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button