BeritaLuar Negara

Letusan Gunung Merapi, Indonesia keluarkan amaran

INDONESIA mengeluarkan amaran kepada pelancong dan penduduk supaya tidak berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada Khamis pagi, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Indonesia untuk Bencana Geologi (BPPTKG), gunung berapi itu meletus selama dua minit, bermula 5.16 pagi (waktu tempatan).

Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 meter, yang boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan.

Terletak di sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi itu aktif sejak kebelakangan ini dengan letusan terakhir dilaporkan pada 4 Jan.

Walaupun letusan berlaku seketika, BPPTKG tetap meletakkan amaran pada tahap ‘waspada’.

Indonesia antara negara yang sering dilanda bencana letusan gunung berapi dan gempa bumi kerana terletak di ‘Lingkaran Api Pasifik’. Pada 2018, negara itu dilanda sebanyak 11,577 gempa bumi, yang mengorbankan banyak nyawa.

— BERNAMA

Tags

suaramerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button
Close
Close