Berita

Ahmad Nawfal mahu lenyapkan imej “Pekan Koboi” Parit Yaani

Imej Parit Yaani yang dilabel sebagai ‘Pekan Koboi’ menjadi matlamat utama Ahmad Nawfal Mahfuz sekiranya beliau diangkat sebagai wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani.

Calon parti Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau membawa misi segar dalam perjuangannya bagi melihat pola di kawasan yang ditandinginya berubah.

Katanya, beberapa perkara menjadi keutamaan untuk diselesaikan segera dan ia penting demi kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut.

“Antara yang utama untuk dilaksanakan adalah mengenai perparitan, inilah yang perlu diselesaikan segera.

“Kita tahu caranya untuk memperbaiki…yang penting adalah kesegaran Parit Yaani itu dan ia perlu diselesaikan segera,” katanya kepada ketika ditemui selepas berceramah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini, malam tadi.

Sambil memberikan contoh lain, kerja-kerja menaik taraf perlu dilakukan di kawasan berkenaan, Ahmad Nawfal yang merupakan calon daripada parti Pas berkata, kemudahan infrastruktur seperti menambah lagi bilangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) perlu dilakukan.

Setakat ini kemudahan itu hanya ada sebuah sahaja dan ia dikongsi bukan sahaja untuk kemudahan penduduk di kawasan itu malah turut digunakan oleh orang luar.

Tambahnya, mesin ATM tersebut yang ditempatkan di sebuah stesen minyak yang kedudukan jauh sedikit dari kawasan pekan tidak mencukupi dan penduduk akan mengahadapi masalah sekiranya mesin berkenaan rosak.

“Kenapa masih kekal status koboi, mesin ATM pun tiada sebiji (di dalam pekan), yang ada pun satu di sebuah stesen minyak, kalau rosak habis semua orang tak boleh guna.

“Di sini kawasan pedalaman, orang kampung tak berapa nak pandai guna debit kad lagi…jadi, duit tunai sangat diperlukan.

“Sebab itu ekonomi tak boleh nak kembang, orang tak berani nak masuk sebab infrastruktur tak stabil…itu semua isu yang perlu diberikan tumpuan di Parit Yaani,” katanya.

Kredit: Berita Bersatu

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button