BeritaPendidikan

Raja Muda Perlis ingatkan golongan remaja tidak terlibat dengan najis dadah

Golongan remaja hendaklah bebas sepenuhnya daripada melibatkan diri dengan sebarang aktiviti najis dadah.

Masyarakat perlu mengetahui dan diberi pendidikan serta bimbingan secukupnya dari usia muda lagi oleh ibubapa atau penjaga, guru, jawatankuasa masjid serta para pemimpin setempat tentang cara-cara bagi mengelakkan diri masing-masing daripada mudah terjebak dengan najis dadah iaitu dengan sentiasa meningkatkan keimanan dan amal soleh, berfikiran terbuka, positif iaitu mengurangkan tekanan, bijak mengisi masa lapang serta jangan terlalu cepat terpengaruh dengan pujukan rakan sebaya yang tidak baik.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meninjau Kompleks Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Perlis yang baru sahaja siap dibina baru-baru ini.

Hadir menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis, Khairul Anwar Ahmad dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang, Norlida Jaafar.


Turut diadakan sempena keberangkatan Tuanku Raja Muda ialah sesi penyerahan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Mustaghfirin, Bukit Chabang, Ridzuan Abu Hasan untuk diagihkan kepada seramai 30 asnaf terpilih dalam kariah berkenaan berjumlah penuh RM21,000 dengan setiap daripada mereka menerima RM 700 seorang.

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button