Politik

Jangan ditipu PH kali kedua – Abdul Hadi

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat supaya berwaspada dengan Pakatan Harapan.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Abdul Hadi mengimbas kembali janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Menurutnya, Pakatan Harapan menang kerana rakyat tertarik dengan janji yang ditabur pada PRU-14. Justeru beliau tidak mahu rakyat ditipu buat kali kedua.

“Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH), kerana ramai tertarik dengan janji yang diucapkan dan ditulis, termasuklah janji yang mustahil dilaksanakan dalam masa yang singkat.

“Bahkan ada juga janji yang dikatakan boleh ditunaikan dalam tempoh yang pendek dalam sehari semalam. Adapun yang tersurat dalam manifesto, masih boleh dibaca semula.

“Apabila tindakan mereka ketika menjadi kerajaan dipersoalkan, semuanya dituding kepada kerajaan yang terdahulu,” katanya.

Abdul Hadi turut mengingatkan generasi baharu agar tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan di media sosial.

“Hanya beberapa hari kerajaan PH berkuasa, sudah terserlah sikap mereka yang melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan dengan perintah Allah SWT.

“Kepada generasi muda yang tidak menyaksikan peristiwa lalu, janganlah mudah terpengaruh dengan media tanpa sempadan yang akan membawa penyesalan di dunia dan akhirat yang sudah tidak berguna lagi penyesalannya.

“Cukuplah perkara besar ini menjadi pengajaran. Jangan ditipu untuk kali kedua laksana disengat daripada lubang yang sama, dan haram bersama dengan musuh agama dan umat, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi,” kata Abdul Hadi.-SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button