NegeriRencah Hidup

Raja Muda hadir Makan Malam Komander-Komander Rejimen Askar Wataniah

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bagi meraikan Komander-Komander Rejimen Askar Wataniah dari seluruh negara di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap para hadirin sempena Majlis Makan Malam Komander-Komander Rejimen Askar Wataniah di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Berangkat sama ialah Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin; dan Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim; dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab.

Majlis makan malam tersebut adalah bersempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34 bagi Tahun 2023 di Kuala Terengganu bermula 14 hingga 16 November 2023.

Tuanku Syed Faizuddin Putra, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan; Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan bergambar bersama barisan tetamu kehormat sempena Majlis Makan Malam Komander-Komander Rejimen Askar Wataniah di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Perlis merupakan tuan rumah bagi persidangan berkenaan yang dihoskan oleh Rejimen 504 Askar Wataniah di bawah naungan Raja Muda selaku Komander pada tahun lalu.

Sidang yang dijalankan kali ini merupakan persidangan tahunan yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai aspek latihan, pentadbiran dan logistik Pasukan Simpanan Tentera Darat di negara ini.

Di majlis tersebut Tengku Baharuddin selaku Komander Rejimen 512 Askar Wataniah memaklumkan, ‘Ianya adalah suatu penghormatan yang amat besar kepada rejimen ini yang telah diamanahkan untuk menganjurkan Sidang Komander Askar Wataniah pada tahun ini’.

‘Sidang ini juga adalah forum yang bertanggungjawab sebagai penasihat kepada Panglima Tentera Darat mengenai perihal Askar Wataniah’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan; Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Komander-Komander Rejimen Askar Wataniah di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

“Saya berharap agar sidang ke 34 yang diadakan di bumi Terengganu Darul Iman ini akan dapat mencapai objektif yang digariskan serta terus mendukung dasar pertahanan negara yang telah menetapkan dua komponen di dalam ATM merangkumi Pasukan Tetap dan Pasukan Simpanan bagi melengkapkan ‘Total Force Concept’ ataupun konsep angkatan menyeluruh“, jelas beliau lagi. – SM

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button