EkonomiNasionalNegeri

Ekonomi digital, hijau prospek kerjasama baharu Malaysia-Singapura

Terdapat prospek untuk kerjasama baharu dalam ekonomi digital dan hijau, termasuk e-dagang di antara Malaysia dan Singapura.

Tiga bidang awal yang dikenal pasti ialah kemudahan jualan eksport e–dagang oleh Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) melalui Singapura, kerjasama antara Malaysia Digital Hub (MDH) MDEC dan BLOCK 71 Singapura mengenai Ekosistem Permulaan dan e-dompet.

Di antara bidang kerjasama lain yang dibincangkan adalah Industri 4.0, pembuatan termaju, sektor perkhidmatan, e-dagang, industri aeroangkasa dan eko-pelancongan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura sebelum berangkat
ke Doha, Qatar baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sempena pertemuan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan menyerahkan sumbangan Tabung Ibnu Sabil MAIPs bernilai SGD1,519 (RM5,000) kepada Azfar yang menerima bagi pihak Pejabat Pesuruhjaya Tinggi berkenaan.

Ia adalah untuk digunakan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Tambah Azfar lagi, dalam sepuluh bulan pertama 2022, Malaysia terus kekal sebagai rakan dagangan ke-2 terbesar Singapura selepas China, dengan jumlah dagangan sebanyak S$129.5 bilion (RM426.6 bilion), meningkat 23.8 peratus daripada S$104.6 bilion yang dicatatkan untuk tempoh yang sama pada 2021.

Pelabur daripada Singapura juga terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara. – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button