EkonomiNasional

Suku ketiga 2022 catat langganan selular mudah alih berjumlah lebih 47.2 juta

Suku Ketiga (Q3) dalam tahun 2022 menyaksikan langganan selular mudah alih semasa berjumlah lebih 47.2 juta sekali gus memberi petunjuk berlaku peningkatan 800,000 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penembusan kadar selular mudah alih bagi setiap 100 penduduk menyaksikan peningkatan tertinggi bagi Q3 2022 dengan 143.7 peratus berbanding 142.1 peratus pada Q3 2021, walaupun penurunan drastik pada Q1 2022 sebanyak 139.8 peratus.

“Bagi langganan televisyen berbayar (TV) yang meliputi IPTV dan satelit, langganan mencatatkan lebih 6.54 juta bagi S3 tahun ini, penurunan sebanyak 200,000 berbanding tahun lepas.

“Menariknya, Kadar Penembusan TV Berbayar telah menyaksikan beberapa turun naik yang mengejutkan, daripada 82.2 peratus pada Q3 2021, 78.8 peratus pada Q1 2022, dan 81 peratus pada Q3 2022,” katanya.

Menerusi statistik yang dibacakan, Fahmi berpendapat kesemua syarikat penyedia perkhidmatan masih mempunyai ruang penambahbaikan dalam bidang masing-masing untuk menyampaikan perkhidmatan mereka dan memenuhi keperluan pengguna pada masa hadapan.

Fahmi berkata demikian ketika berucap dalam majlis The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Star Rating Awards 2021 yang berlangsung di Four Seasons, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Operasi SKMM, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Majlis penganugerahan tersebut terbahagi kepada tiga sesi dan masing-masing melibatkan industri penyiaran, industri telekomunikasi serta industri perkhidmatan penghantaran.

Dalam majlis tersebut, anugerah Pengumuman Perkhidmatan Awam (PSA) terbaik bagi kategori radio dimenangi Bernama Radio dan bagi kategori televisyen, ia dimenangi TVAlhijrah.

Selain itu, berikut adalah antara senarai anugerah dan nama-nama syarikat yang diberi pengiktirafan tertinggi sepanjang menyampaikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan pengguna:

Kategori Industri Penyiaran

  1. Anugerah tanggungjawab sosial korporat terbaik – BFM Radio & Cats FM
  2. Anugerah kepuasan pengguna terbaik bagi radio – Gegar
  3. Anugerah kepuasan pengguna terbaik bagi siaran televisyen percuma – Awesome TV
  4. Anugerah kepuasan pengguna terbaik bagi siaran televisyen berbayar – UnifiTV

Kategori Industri Telekomunikasi

  1. Anugerah pelaburan terbaik – UMobile
  2. Anugerah pematuhan terbaik mengikut CMA 1998 – Digi
  3. Anugerah mobile virtual network operator terbaik – XOX
  4. Anugerah penyedia perkhidmatan wired broadband terbaik – TM
  5. Anugerah tanggungjawab sosial korporat terbaik – YTL
  6. Anugerah kajian kepuasan pelanggan terbaik – YTL
  7. Anugerah kualiti perkhidmatan terbaik – YTL & Celcom
  8. Anugerah pengendali rangkaian mudah alih dengan lebih 5 juta pelanggan – Digi
  9. Anugerah pengendali rangkaian mudah alih dengan kurang 5 juta pelanggan – YTL

Kategori Industri Perkhidmatan Penghantaran

  1. Anugerah perkhidmatan terbaik (pusat khidmat pelanggan) – DHL Express
  2. Anugerah perkhidmatan terbaik (front desk) – Ninja Logistic
  3. Anugerah prestasi penghantaran terbaik bagi semenanjung Malaysia – GDEX
  4. Anugerah prestasi penghantaran terbaik bagi timur Malaysia – DHL Express
  5. Top 3: Prestasi penghantaran terbaik keseluruhan – Citylink, DHL Express & DGEX
(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button