MahkamahNasionalNegeri

Buruh dipenjara 18 tahun, 10 sebatan rogol adik kandung

MAHKAMAH Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun serta 10 sebatan terhadap seorang buruh selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya, tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 19 tahun selepas mengambil kira pengakuan dibuatnya.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus, Terengganu antara jam 2 sehingga 3 petang, Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap tertuduh mengikut Seksyen 91(1)(h) Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan gadis itu masih di bawah umur ketika kejadian.Ads by

Tertuduh kemudian didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap adik perempuannya, mangsa yang sama di lokasi sama pada pukul 3.30 petang, 5 November tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.

Bagi tuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Disember tahun lepas. Ini bermakna, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button