Nasional

Pusat Ekonomi Digital di Rumah Prihatin

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia khususnya melalui Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) akan mewujudkan Pusat Ekonomi Digital di Rumah Prihatin supaya di sini dapat melatih khususnya penduduk di sekitar Wilayah Persekutuan daripada golongan peniaga, penjaja dan sebagainya untuk menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi digital.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, program ini berjalan di seluruh negara dengan hampir seribu Pusat Ekonomi Digital digerakkan serentak mulai sekarang untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mengambil peluang perkhidmatan jalur lebar yang diperluaskan  ke seluruh negara dan membudayakan aktiviti ekonomi yang baru, untuk menyertai ekonomi baru  dalam bidang e-dagang.

“Jalinan kerjasama dengan satu platform yang mana ramai dalam kalangan rakyat dan penduduk di luar bandar dilatih menggunakan aplikasi e-dagang untuk menjana pendapatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Deepavali #RumahPrihatin, hari ini.

Beliau berkata, sekarang ini negara kita bergerak ke dasar pandemik dengan penekanan diberi bantuan segera kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan termasuk pengagihan makanan, bantuan pengurusan mayat di hospital-hospital dan lawatan program-program tinjauan dan sebagainya.

“Sekarang ini di fasa endemik di mana kita sedia maklum, kita menggalakkan rakyat untuk memulakan semula aktiviti ekonomi dan program penjanaan pendapatan mereka,” kataya.


Beliau berkata, “Banyak lagi platform e-dagang yang lain seperti Lazada yang mana kita ingin melatih supaya rakyat dapat menggunakan sumbangan teknologi yang ada terutama dalam teknologi internet dan juga perkhidmatan jalur lebar bagi menjana pendapatan.”

Kementerian, ujar Annuar, melalui MDEC membuat kemudahan satu siri latihan mensasarkan seribu peserta pertama dan menyeru peniaga kecil, peniaga dan tergolong penjaja melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan untuk ambil peluang lanjutkan aktiviti mereka.

“Dulu kita beri satu peluang berniaga dengan terma dan syarat dan sudah tinggal sebulan lebih sahaja. Kita kini di pasca-akhir tahun.

“Disember fasa endemik dimanfaatkan agar peserta menambah dan menjana pendapatan tambahan,” ujarnya.

Annuar turut mengumumkan, esok beliau akan melancarkan Perkhidmatan Rantaian Jalur Lebar 5G buat pertama kalinya seperti mana yang terdapat dalam Pelan Induk Digital Negara.

“Esok, saya akan melancarkan Perkhidmatan 5G untuk Kuala Lumpur dan ini kali pertama seperti yang terdapat dalam Pelan Induk Digital Negara untuk memulakan perkhidmatan jalur lebar 5G.

“Dengan pelancaran esok, disusuli 36 peratus liputan (coverage) dan Perkhidmatan 5G akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat dan diperluaskan,” katanya.

Beliau berkata, selepas Kuala Lumpur, Perkhidmatan 5G akan diperluaskan pula di Putrajaya dan Cyberjaya.

“Tahun depan, 5G akan dilancarkan ke negeri-negeri yang padat penduduk seperti Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak dan kawasan rumah murah dan PPR,” katanya. – SM

 

 

(Visited 38 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button