Nasional

Xavier sertai Raja Muda Perlis santuni asnaf

PERLIS memiliki begitu banyak khazanah termasuklah pemandangan yang sungguh indah dan juga rumah-rumah tradisional yang perlu dipelihara dengan baik serta dapat diwariskan untuk generasi yang akan datang.

Demikian menurut Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli Malaysia, Datuk Dr. Xavier Jayakumar selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di dalam program berbasikal ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke 8 bagi tahun 2020’ sejauh 14km yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Ghufran, Batu 2 Jalan Kaki Bukit, Kangar pada petang semalam.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Xavier menjunjung kasih kepada Tuanku Raja Muda Perlis di atas peluang tersebut.

Beliau berkata aktiviti ‘turun padang’ sebegini membolehkan kita melihat secara terus dan ‘realiti’ apa yang berlaku dan mampu menghayatinya.

Tambah beliau lagi, musim kemarau telahpun bermula lebih awal pada kali ini di utara negara berbanding sebelum ini dan langkah berjaga-jaga harus ada terutama dalam aspek bekalan air.

Pada kesempatan yang sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Datuk Ir. Haji Nor Hisham Mohd Ghazali yang menyertai kayuhan tersebut, melahirkan pengalaman manisnya berkayuh dan berkata laluan yang dilalui di bawah JPS dan kawasan sawah di negeri ini sangat subur.

JPS akan terus memantau dan membantu pembinaan bagi melancarkan lagi proses laluan air ke sawah-sawah di negeri ini. JPS juga akan sentiasa memberikan sokongan yang terbaik dalam segala aktiviti bermanfaat sepertimana kayuhan ‘MAIPs Peduli’ yang dilaksanakan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral, Geosains Malaysia, Datuk Haji Shahar Effendi Abdullah Azizi pula menyifatkan program kayuhan sebegini merupakan peluang yang sangat baik untuk melakukan senaman, riadah dan mencergaskan minda untuk bekerja dan pada masa yang sama kagum dengan sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Baginda.

Bersempena aktiviti tersebut, selain menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan ‘Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs’ oleh Muhammad Husin Abdullah, 44 yang juga merupakan seorang ‘Muallaf’ di Kampung Padang Pauh yang mengusahakan ‘Projek Fertigasi Tanaman Cili’ selama dua tahun yang mana pihak MAIPs telah menyalurkan ‘Bantuan Kelengkapan Permulaan Tanaman Cili’ berjumlah RM2,450 pada Mac 2019 serta 2019 ‘Bantuan Belian Benih Cili’ berjumlah RM2,979 pada Julai 2019 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM5,429.

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button