JenayahNasional

Pura-pura tunda bot elak dikesan langgar syarat lesen digagalkan

TAKTIK seorang tekong bersama tiga awak-awak warga Thai yang berpura-pura menunda bot di dalam kegelapan setelah melanggar syarat lesen bagi menangkap ikan tidak menjadi.

Perbuatan mereka yang nampak mencurigakan ini telah dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis.

Bot Kelas C bernombor pendaftaran KHF 2808 yang telah ditahan. – Gambar Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, ketika itu bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis telah menghampiri bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, bot terbabit yang berpengkalan di Kuala Kedah, Kedah sedang ditunda dalam keadaan gelap yang dikemudikan tekong dan tiga orang awak – awak warga Thailand berumur antara 36 hingga 53 tahun,” katanya dalam siaran media hari ini.

Berikutan itu, katanya bot nelayan tempatan Kelas C bernombor pendaftaran KHF 2808 telah ditahan pihak kerana disyaki melanggar syarat lesen di kedudukan 4.29 batu nautika dari barat Kuala Sanglang, Perlis awal pagi tadi.

Katanya, bot dan hasil laut yang dianggarkan bernilai hampir RM200,000 serta tertuduh ditahan.

“Kesemuanya telah dibawa masuk ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis, Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, bot terbabit telah menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika dari daratan.

Oleh itu katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan dengan melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel itu.

Tekong dan tiga awak-awak warga Thailand ditahan. – Gambar Ihsan Zon Maritim Malaysia

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999. – SM

BACA Maritim Malaysia akhirnya dapat kapal OPV pertama

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button