Nasional

Coronavirus: Tiada kes di Pahang

TIADA kes jangkitan Coronavirus dikesan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial mengenai jangkitan wabak itu di Hospital UIA.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah memaklumkan jangkitan tersebut hanyalah virus Corona biasa.

[BACA ARTIKEL] Hati-hati Coronavirus — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Koronavirus: Giliran Malaysia pula selepas negara jiran — Suara Merdeka

Beliau berkata, jangkitan dialami pesakit yang sedang dirawat di sana adalah bukan jenis 2019-nCov.

“Siasatan mendapati, pesakit mendapat jangkitan Corona biasa. Dia adalah warganegara Malaysia dan tiada kaitan dengan perjalanan ke Wuhan mahu pun China dalam tempoh 14 hari sebelum sakit.

“Sehingga 27 Januar, tiada kes Novel Coronavirus yang dimasukkan ke mana-mana hospital di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang memuat naik berita palsu itu dalam Facebook Kuantan City supaya memadamnya kerana kenyataan tersebut boleh mengelirukan masyarakat.

“Bagaimanapun, admin Facebook berkenaan telah mengeluarkan kenyataannya berkaitan Coronavirus dalam lamannya dan memohon maaf atas kesilapan beliau,” ujarnya.

[BACA ARTIKEL] Yakinlah kerajaan mampu tangani koronavirus — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Koronavirus: Penerbangan dari Sabah ke Wuhan dihentikan — Suara Merdeka

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti daripada membuat sebarang kenyataan tentang Coronavirus yang boleh mencetuskan rasa takut dan panik dalam kalangan masyarakat. – SM

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button