Rencah Hidup

Sampai bilakah trend ambil suami orang diteruskan?

ADA rupa, ada bakat, ada kerjaya dan ramai peminat tidak perlu nak sakau laki orang. Tetapi trend ambil laki orang ini bukan baharu berlaku dalam industri hiburan tanah air.

Bahkah dahulu lagi perkara ini sudah berlaku tetapi ada yang dihebahkan, ada yang ditutup gara-gara pelaku atau perampas itu adalah artis nombor satu, dua, tiga, empat.

Mengganggu suami orang dalam kalangan arits atau artis wanita mahu dan berkehendakkan suami orang sehingga rumah tangga yang dibina berantakan dan berakhir dengan perceraian.

Zaman 60-an, 70-an, 80-an, 90-an, milenium dan sekarang 2023, masih lagi berlaku dan apabila suami mahu berpoligami, dapatlah si isteri tua tu payung emas di akhirat!

Yang mengambil hak orang tidak akan rasa pedih dan sakit sebaliknya mahu dirinya diterima dan didoakan dengan doa yang baik-baik dan kebahagiaan.

Mencari bahagia, itu tidak salah tetapi kebahagian yang dibina hasil daripada penderitaan orang lain, apakah ia juga harus diterima?

Siapa yang makan cili, dia akan rasa pedas dan hanya orang yang melalui jalan ini sahaja yang tahu rasa sakitnya!

Kes Bella Astilla dan suaminya, Aliff Aziz kembali timbul apabila rakan lakon Aliff sudah syok padanya.

Tersuka dengan suami orang, boleh begitu? Dalam pemalu, mengganggu rumah tangga orang. Amat tidak elok bersikap begitu. Inilah yang dinamakan, malu-malu kucing. Kucing hidung belang. Tak reti malu pula ya kacau rumahtangga orang.

Aliff Aziz, belajarlah daripada kisah lalu. Pengalaman lalu, jadilah khalifah yang baik untuk memimpin keluarga.

Jangan ikut nafsu, binasa bukan sahaja badan tetapi kerjaya kerana rezeki yang Allah bagi itu adalah rezeki isteri dan anak-anak. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button