NasionalNegeri

Penggiat industri pelancongan perlu bekerjasama – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya kalangan penggiat industri pelancongan di negeri ini saling bekerjasama dengan baik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Baginda bertitah, kerjasama ini akan membantu masing-masing untuk cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang ada.

“Sekaligus dapat memberikan servis yang terbaik kepada para pengunjung dan kualiti sektor pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025,” katanya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mencuba penggunaan sebuah mesin ketika dalam lawatan Kilang Capal Dr Saad di Kampung Chemumar Tengah, Arau, Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengurniakan sumbangan bantuan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Ku Melur Ku Ibrahim, 75 dan Norbi Lah, 68, masing-masing dari Kampung Simpang Serdang dan Kritsana, 46 dari Kampung Chemumar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni salah seorang asnaf ketika mengurniakan sumbangan zakat MAIPs sempena Kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-4 bagi tahun 2024.

Tiga orang asnaf terpilih ini telah menerima bantuan wang tunai RM700 setiap seorang beserta Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah.

Bersempena Kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-4 bagi tahun 2024 yang dianjurkan oleh MAIPs ini juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengadakan lawatan ke Kilang Capal Dr Saad yang beroperasi di Kampung Chemumar Tengah.

Sentuhan Budi Trading merupakan sebuah syarikat perniagaan capal dan barangan kulit yang dimiliki oleh pengasasnya, Saad Saep.

Hadir sama Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Mohd Shahrir Mohamad Ramli.

Antara produk yang dikeluarkan syarikat ini termasuklah pembuatan capal dan sandal untuk kanak-kanak dan dewasa berasaskan kulit atau PVC.

Selain itu pembuatan dompet, tali pinggang dan barangan berasaskan kulit yang boleh didapati dengan harga bermula RM20 sehingga RM150.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf terpilih sempena Kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-4 bagi tahun 2024 di Arau.

Perniagaan ini telah beroperasi sejak tahun 2001.

Syarikat ini juga telah mendapat bantuan geran dan ciptaan inovasi mesin dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan SIRIM bersama pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta geran daripada Kraftangan Malaysia iaitu bangunan dan peralatan mesin.

Hebahan dan promosi produk warisan ini giat dijalankan di pelbagai platform media sosial.

Pembelian barangan kulit ini boleh didapati secara terus dari kilang, borong ataupun runcit dan secara dalam talian. – SM

Artikle Berkaitan :>

Perlis wajib tulisan Jawi pada papan iklan baharu 1 Februari

Rakyat Perlis tanam 150,000 pokok hadiah Ulangtahun Tuanku Baginda Ke-80

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button