Nasionalpilihan

Program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Komuniti Kampung Guar Halban meriah

JIKA hidup sekampung tapi saling tidak saling menggenali bukanlah budaya orang Melayu.

Sebaiknya hubungan sebagai penduduk sekampung perlu terus dipereratkan menerusi pelbagai kegiatan yang boleh dianjurkan.

Inisiatif ini diambil oleh Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) Guar Halban yang dipengerusikan oleh Mohd Sofi Othman bagi menganjurkan program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Komuniti Kampung Guar Halban di Dewan Orang Ramai Kampung Guar Halban, Jalan Mata Ayer, semalam.

Mohd Sofi menyampaikan cederamata kepada Wan Zikri Aftar sempena program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Komuniti Kampung Guar Halban di Dewan Orang Ramai Kampung Guar Halban, Jalan Mata Ayer, semalam.

Beliau berkata, program ini melibatkan kira-kira 100 orang penduduk dari Kampung Guar Halban, Simpang Geti, Changkat Lada dan juga Hutan Buluh.

“Apa yang utama, kita mahu penduduk sekampung ini saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat,” katanya.

Selain itu, katanya, penduduk juga dapat mengenal kesemua Ahli Jawatankuasa MPKK yang baharu dilantik.

Kanak-kanak sibuk kutip gula-gula dalam acara sukaneka sempena program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Komuniti Kampung Guar Halban di Dewan Orang Ramai Kampung Guar Halban, Jalan Mata Ayer, semalam.

Mohd Sofi berkata, ia juga bagi memudahkan MPPK untuk bekerjasama dengan penduduk demi untuk kemajuan kampung pada masa depan.

Majlis berkenaan juga diserikan dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Wan Zikri Aftar Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang.

Wan Zikri juga turut melancarkan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sukaneka yang diadakan sempena program ini.

Kanak-kanak ini terlibat dalam acara pijak belon sampai pecah dalam acara sukaneka sempena program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Komuniti Kampung Guar Halban di Dewan Orang Ramai Kampung Guar Halban, Jalan Mata Ayer, semalam.

Antara aktiviti sukaneka yang diadakan termasuk kerusi muzik, kutip gula-gula, pijak belon sampai pecah dan lambungan kasih sayang.

Penyertaannya sukaneka ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa.

Juga diadakan cabutan bertuah dan teka duit syiling. – SM

Artikel berkaitan > MPKK dan JPKKP perlu kerjasama – Menteri Besar Perlis

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button