Nasional

Program F3M KPDNHEP pacu francais mikro, perkenal inisiatif geran penuh dan padanan

KESEDARAN pentingnya sokongan kerajaan dan komuniti terhadap industri francais berskala mikro berjaya menarik lebih 1,000 peserta menyertai Jelajah Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M).

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu turut menyediakan platform business pitching dan pemadanan.

Turut dijadikan sebagai pengisian F3M ialah konsultasi, ceramah dan pameran oleh syarikat-syarikat francais yang menawarkan pakej permulaan perniagaan pada skala mikro dan mampu milik termasuk bantuan kewangan atau pembiayaan yang ditawarkan kerajaan.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, jelajah akhir itu adalah salah satu komponen Program Pembangunan F3M.

Okbektifnya jelas iaitu inisiatif untuk membangunkan industri francais berskala mikro dan menarik penglibatan lebih ramai rakyat menceburi perniagaan francais khususnya golongan B40 dan M40, katanya.

“Program ini diwujudkan untuk memberi pendedahan mengenai Program Pembangunan F3M serta memberi inspirasi berkaitan peluang perniagaan francais kepada masyarakat.

“Saya mengambil kesempatan ini menyeru semua peniaga dan bakal peniaga untuk memanfaatkan apa sahaja peluang dan insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu menyokong perkembangan perniagaan anda,” katanya dalam ucapan sempena Jelajah F3M Zon Tengah.

Untuk rekod, Program F3M diadakan di banyak lokasi seluruh negara dengan 12 siri jelajah dianjurkan KPDNHEP sepanjang tahun ini dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia.

Di bawah program F3M ini juga, KPDNHEP mewujudkan insiatif pemberian geran penuh agar francaisor dapat membangunkan lebih banyak pakej permulaan perniagaan francais mampu milik bernilai RM100,000 dan ke bawah serta pakej francais mikro bernilai RM50,000 dan ke bawah.

Turut diwujudkan inisiatif pemberian geran padanan untuk mengurangkan kos permulaan perniagaan francais yang perlu ditanggung bakal francaisi B40 dan M40 di mana kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak 90% kepada francaisi yang berpotensi.

Sejak tahun lalu, KPDNHEP memperaku dan meluluskan 41 penerima geran yang terdiri daripada 19 penerima geran penuh dan 33 penerima geran padanan, kata Azman.

“Hari ini juga kita akan menyaksikan penyampaian geran kepada 11 penerima geran penuh yang baharu dan telah diluluskan,” katanya. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button