Uncategorized

PRN: DAP tak berhasrat calonkan Tony Pua

TIADA desakan daripada mana-mana pihak atau sesiapapun tetapi empunya tubuh pun mengaku tidak mahu dipilih sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Eloklah kalau begitu kerana DAP pun tidak berhasrat mencalonkan Tony Pua pada PRN akan datang, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke

“Beliau (Pua) sendiri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya dan kami tidak berhasrat mencalonkannya,” kata Loke selepas merasmikan sebuah majlis menurut laporan FMT.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa DAP tidak membenarkan Tony Pua bertanding pada PRN akan datang kerana melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai “korup”.

Pua dalam majlis makan malam kutipan dana DAP Jumaat lalu berkata, beliau berharap Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan UMNO dan BN pada PRU akan datang.

Kenyataan kontroversi Pua itu membingungkan beberapa pemimpin BN dengan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa Loke memecat Pua sebagai penasihat dasarnya bagi “membuktikan komitmen DAP terhadap kerajaan perpaduan”.

Tetapi Loke menolak gesaan Ti dengan berkata, peranan Pua itu tidak rasmi.

“Biar nyatakan dengan jelas — ‘penasihat dasar’ bukan jawatan rasmi dalam parti. Tiada jawatan sedemikian dalam perlembagaan parti, ia sekadar peranan penasihat.”

Katanya, terpulang kepada dirinya sama ada mahu mendapatkan nasihat daripada penasihatnya, sambil menegaskan beliau tidak akan teragak-agak menegur ahli DAP jika mereka membuat kesilapan. – SM

 

(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button