MahkamahUncategorized

Perbicaraan kes Zahid tangguh, MySejahtera maklum peguam berisiko Covid-19

Perbicaraan kes Datuk Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan ke selasa depan selepas peguam tertuduh memaklumkan beliau berisiko dijangkiti Covid-19.

Peguam berkenaan bangun sebaik Mahkamah Tinggi Shah Alam bersambung selepas berehat dan memaklumkan status pada aplikasi MySejahtera menunjukkan beliau berisiko terdedah kepada kontak rapat atau telah hadir ke kawasan berisiko Covid-19.

Peguambela Hamidi Mohd Noh kemudiannya meminta mahkamah perbicaraan dipendekkan dan ditunda ke hari lain dan hakim membenarkannya.

Terdahulu saksi kedua Azman Azra Abdul Rahman menyambung memberi keterangan mengesahkan konsesi Visa Luar Negara (VLN) kepada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) diberikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Azman Azra mengesahkan Ultra Kirana telah diberikan lanjutan konsesi selama 7 tahun dari 2011 – 2018 oleh Hishammudin dan ditandatangani pada 1 Oktober 2011.

Saksi kedua juga mengesahkan Ahmad Zahid tidak membuat apa-apa kelulusan berkaitan Ultra Kirana. Malah pendakwaraya juga diberi amaran oleh Hakim Mohd Yazid Mustafa kerana cuba putar belit soalan mengaitkan Ahmad Zahid.

 

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button