fbpx
Nasional

PRK Chini: 18 orang mengundi awal esok

SEBANYAK 18 orang anggota polis akan melakukan undian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, Pahang pada esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata, proses pengundian akan dijalankan di Bilik Maklumat, Balai Polis Chini.

Menurutnya, proses pengundian awal akan dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Semua peti pengundian awal akan disimpan di lokap Balai Polis Chini dan pengiraan akan dibuat pada hari pengundian iaitu pada 4 Julai.

BACA> PKR: 5 termasuk 3 ADUN dilucut keanggotaan, 1 digantung, 3 diberi amaran

“Pengiraan undi akan dilakukan di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jelas Azhar, pematuhhan kepada garis panduan pencegahan Covid-19 yang berkuatkuasa seperti penjarakan sosial, amalam pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi, sarung tangan dan saringan suhu badan akan dilaksanakan.

Ujarnya, proses pengundian awal akan turut disaksikan ejen calon dan Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR, selain disiarkan secara langsung atau live streaming di Facebook (FB) SPR.

BACA> Sultan Johor biaya kos baik pulih wad HSA

Tambahnya, SPR juga berharap semua pengundi patuh pada arahan yang diberikan dan keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button