Rencah Hidup

Polis trafik bersihkan longkang tersumbat, tidak kisah baju kotor

TIDAK kisah pakaian seragam terkena kotoran, seorang anggota polis trafik sanggup turun membersihkan kotoran sampah yang menyebabkan longkang tersumbat di tepi jalan raya di Kg Meruntum Putatan, baru-baru ini.

Tindakan itu telah dirakam oleh orang awan dan video yang berdurasi dua minit 38 saat telah dimuat naik di Facebook rasmi Polis Daerah Penampang.

Pada hantaran di Facebook itu memberitahu bahawa Koperal Shah Erman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang telah bertindak untuk mengeluarkan sisa kotoran dalam longkang yang tersumbat sehingga mengakibatkan takungan air di jalan raya.

Dipercayai, pada ketika kejadian itu, beliau sedang menjalankan tugas ‘point duty’ bersama dua rakan setugasnya iaitu Sarjan Fadzil dan Konstable Syazwan.

Ketiga-tiga anggota tersebut sedang melakukan tugas mengawal lalu lintas dan melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

“Biar seragam putih tercalit ‘kotoran’ asal tidak ‘integriti’ tercalar.

“Syabas Koperal Shah Erman di atas sikap positif yang ditunjukkan kepada masyarakat,” kata yang terdapat pada hantaran Facebook Polis Daerah Penampang.

Melihat diruangan komen, orang ramai memuji dan meluahkan rasa kagum terhadap anggota polis trafik tersebut.

“Terbaik, terima kasih buat koperal semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki dan diberikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, Amiin,” komen pengguna Facebook, Siti Fatima Caroline.

Tindakan anggota polis tersebut wajar mendapat pujian dan patut menjadi contoh kepada orang ramai kerana dia berdedikasi menjalankan tugas walaupun diluar bidangnya bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat. -SM

(Visited 472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button