Nasional

Polis siasat lelaki mengamuk di NSE Kuala Kangsar

POLIS sedang menyiasat kejadian seorang lelaki mengamuk selepas memberhentikan sebuah kereta di lorong kanan KM253 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan di Kuala Kangsar semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima laporan daripada pemandu kenderaan yang berada di tempat kejadian kira-kira jam 7.12 malam semalam.

“Laporan polis telah dibuat oleh lelaki itu di Ipoh tetapi siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

“Suspek dan semua saksi akan dikesan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, gambar seorang lelaki berdiri di lorong kanan lebuh raya yang dimuat naik di media sosial tular dengan dakwaan suspek telah memberhentikan keretanya dan turun mengamuk sambil memegang rantai emas dan memanjat ke atas kereta berhampiran dan menendangnya.

 

(Visited 549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button