NasionalNegeri

Setiap individu dalam sesebuah institusi sama penting

DALAM setiap institusi, semua individu tanpa mengira apa jua jawatan adalah sama penting kerana Islam mengajar umatnya bahawa setiap individu adalah pemimpin yang dipertanggungjawabkan terhadap apa dan siapa yang dipimpinnya.

Di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) khususnya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Bahagian Pengurusan sebagai peneraju utama kepimpinan yang mengurus dan mentadbir segala sumber yang ada untuk mencapai hala tuju yang ditetapkan oleh Majlis berkenaan.

Para pentadbir dan Pekhidmat Majlis penting kerana perlu menyokong dan mengurus pelaksanaan dasar yang telah ditetapkan secara bersama dalam usaha mencapai hala tuju tersebut.

Tanpa mengira pangkat dan jawatan, semuanya adalah ‘pengurus’-‘pengurus’ penting organisasi, sesuai dengan fungsi yang telah Allah SWT tetapkan sebagai ‘khalifatullah’, pemegang amanah Allah untuk menguruskan dunia ini.

‘Istikhlaf’ (penugasan sebagai khalifah) itu merupakan fungsi asas kita dalam hubungan kita dengan sesama manusia dan juga hubungan kita dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT (‘hablum-minallah’).

Demikian adalah titah ucapan pembukaan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengikut kenyataan MAIPs ketika mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis MAIPs Bilangan Ke-2 Bagi Tahun 2023, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DPertua MAIPs yakin, sekiranya kita semua dapat melaksanakan dengan bersungguh-sungguh sebarang amanah pengurusan yang dipertanggungjawabkan kepada kita tanpa mengira organisasi dan juga kapasiti kita, sudah pasti Allah SWT akan mengira semua bentuk pengurusan yang kita lakukan sebagai sebuah ibadah dan sebagai pengabdian kita kepada-Nya. InsyaAllah. – SM

BACA MAIPs komited laksana inisiatif bantuan kurangkan jurang kemiskinan – Raja Muda Perlis

BACA Raja Muda Perlis berkenan rasmi Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpilih MAIPs

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button