Jenayah

Polis siasat isu video tular menyamar KKM

POLIS akan menyiasat isu video tular berkaitan beberapa individu yang dikatakan menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membuat pemeriksaan di kawasan Bukit Subang, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada kelmarin.

“Kita telah menjalankan siasatan dan mendapati ianya merupakan salah faham di antara pengadu dan pihak yang hadir di lokasi rumah pengadu.

“Nombor pendaftaran yang diviralkan juga adalah salah dan tidak tepat sehingga wujud kenderaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, tiga individu yang ditularkan telah disahkan sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan van tersebut adalah milik Kementerian Kesihatan Daerah Petaling.

Jelasnya, pihak KKM juga telah membuat laporan polis pada semalam yang mengesahkan kehadiran pegawai KKM di lokasi bagi pemantauan PUI Covid 19 pada pukul 2 petang kelmarin.

Tambahnya, semua orang diharap menghentikan penyebaran gambar atau apa-apa sahaja berkaitan isu tersebut. – SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button