Nasionalpilihan

Polis sahkan tiada perhimpunan diadakan di ibu negara

POLIS mengesahkan tiada sebarang perarakan atau perhimpunan yang diadakan di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah melancarkan penugasan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan maklumat berkenaan pihak-pihak tertentu yang akan mengadakan perhimpunan atau perarakan pada hari ini.

“Kita telah melaksanakan penutupan dan lencongan jalan raya di 15 lokasi yang menghala ke Dataran Merdeka.

“Pasukan pematuhan juga telah digerakkan ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mencegah mana-mana kumpulan atau individu yang cuba mengambil peluang untuk mengadakan perhimpunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Dellhan, sepanjang penugasan tersebut juga tiada terkesan mana-mana kumpulan atau individu yang terlibat dengan aktiviti perhimpunan dan perarakan.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya terus memathui SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Semalam, perhimpunan aman ‘Keluar dan #Lawan’ yang dirancang berlangsung hari ini di sekitar ibu negara telah dibatalkan terlebih dahulu.

Perkara tersebut dimaklumkan Sekretariat Solidariti Rakyat(SSR) dalam satu kenyataan di sini semalam.

“Pihak Sekretariat Solidariti Rakyat telah bermesyuarat bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya bagi membincangkan mengenai himpunan aman ‘Keluar dan #Lawan’.

“Menerusi perbincangan tersebut, SSR telah menyerahkan notis pembatalan protes yang dirancang berlangsung pada hari ini kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi,” katanya. -SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button