fbpx
Hiburan

Penggambaran drama, filem dibenarkan mulai 10 Jun ini

BERITA baik yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga karyawan yang terbabit dalam produksi penggambaran drama dan filem tempatan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan, kerajaan membenarkan penggambaran drama dan filem memulakan operasi.

“Saya pernah memberitahu, krew produksi boleh memulakan kerja-kerja penggambaran selepas hari raya.

“Mereka yang terlibat dalam penggambaran filem, drama dan lain-lain boleh bermula operasi pada 10 Jun 2020,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Pelakon, krew produksi berharap sinar di hujung terowong


Beliau berkata, walau bagaimanapun aktiviti penggambaran mesti mematuhi setiap SOP yang telah diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini.

“Dalam kita membenarkan, mereka perlulah mematuhi SOP dan penjarakan sosial.

“Bagaimanapun, tidak boleh perhimpunan yang ramai dan sebagainya,” katanya. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button