fbpx
Nasional

Polis kenalpasti, buru ‘Encik Saifudin’ minta derma di media sosial

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang telah menggunakan nama ‘Encik Saifudin’ untuk meminta derma di media sosial.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melalui satu siasatan telah mengenal pasti kedua-dua suspek yang menggunakan beberapa akaun bank untuk menerima sumbangan.

Mereka yang dicari adalah Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy dengan nombor kad pengenalan 970302-14-6273 tinggal di PPR Beringin  dan Maizatul Farahanis Mior Mohd. Patah dengan nombor kad pengenalan 990702-14-7038  tinggal di PPR Pekan Batu di ibu negara.

“Saspek dengan nama Encik Saifudin dikenalpasti menggunakan media sosial untuk memuatnaik pelbagai gambar bayi dan kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit kronik dan sedang memerlukan bantuan kewangan.

“Hasil siasatan awal mendapati saspek menggunakan beberapa akaun perbankan untuk menerima sumbangan dari orang ramai,” kata kenyataan tersebut.


Kedua-dua individu terbabit diminta hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Kormersial Bukit Aman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini seorang warganet dalam Facebook yang menggunakan nama Atras Haji Yahya mendedahkan perkara itu melalui pemerhatiannya selama ini.

Menurut Atras, dia mendapati seorang ‘bapa’  bernama Saifudin yang sering meminta derma bagi mengubati penyakit kronik anaknya, adalah seorang penipu (scammer) berdasarkan modus operandi yang digunakan dalam media sosial.

Rahsia itu terbongkar apabila Saifudin dalam satu masa memohon derma menggunakan gambar ‘anak’ dengan penyakit berbeza-beza.

Malah, untuk lebih meyakinkan warga maya, lelaki itu menipu dengan berpura-pura bahawa kisahnya telah disiarkan dalam portal-portal berita sedangkan hakikatnya laman-laman portal berkenaan dihasilkan sendiri (meniru).

Berikut pendedahan Atras:

“Aku syak anak-anak En. Saifudin ni memang semuanya berpenyakit ye.

“Hati hati la korang yang suka share (kongsi) konon nak jadi orang pertama share (kongsi).

“Padahal scammer (penipu) duk goyang texxx kat rumah kira duit masuk dalam acc (akaun).

“Wahai En. Saifudin. berapa ramai anak hang sakit noh.. semua extrem tu… senang buat duit.

“Sedarlah wahai netizen. jangan mudah terpedaya. Semua nombor akaun sama. Semua anak dia ke? Tak pelik?

bapa kepada adik jufaira…

bapa kepada adik fattah…

bapa kepada adik ikhwan..

BAPA KEPALA HOTAK KAU! SCAMMER!-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button