pilihanRencah Hidup

Pocong serah diri, hadir ambil vaksin Covid-19

MUNGKIN kerana takut tidak dibenarkan untuk menakutkan orang ramai kerana tidak lengkap dua dos membuatkan hantu yang digelar Pocong mula hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mengambil vaksin.

Itulah antara gelagat yang tular di TikTok selepas seorang lelaki mengenakan imej dan pakaian seperti Pocong untuk mengambil vaksin.

Malah, lelaki tersebut menerusi satu video turut memberitahu yang dia hadir untuk mengambil vaksin Covid-19 dos kedua dan meminta supaya dia tidak terjatuh ketika melompat untuk masuk ke PPV.

Pocong tersebut pada mulanya duduk di atas kerusi sambil ditolak oleh Rela namun mula bangun dan melompat ketika masuk ke dalam PPV.

Gelagat Pocong tersebut yang berjah serba hitam dan mengenakan pelitup muka turut dirakam oleh petugas dan beberapa individu lain yang hadir mengambil vaksin.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keputusan lelaki tersebut untuk hadir sambil membawakan watak Pocong.

Tetapi mujur proses vaksinasi dilakukan pada waktu siang. Bagaimanalah reaksi petugas ya kalau Pocong hadir pada waktu malam? -SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button