NasionalpilihanPolitik

Tidak rasmi: Faizal Azumu tinggalkan Anwar Ibrahim di Parlimen Tambun!

IPOH – Keputusan tidak rasmi menyaksikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului di Parlimen Tambun.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 2,652 undi selepas 12 saluran dikira setakat jam 7.30 petang.

Kiraan itu mengatasi pencabar utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 321 undi.

Sementara itu, calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 1,237 undi dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 32 undi.

Terdahulu, kotak undi pertama diterima pada jam 5.57 petang dan setakat ini terdapat 268 saluran masih belum dikira.

(Visited 485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button