Politik

PN, PAS banyak syarat, PH tiada syarat-MB Pahang

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semestinya lega apabila Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan sebarang syarat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Sambil menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) memilih PH untuk membentuk kerajaan negeri, beliau berkata, blok politik itu sedia bekerjasama supaya kerajaan negeri dapat ditubuhkan segera demi kestabilan rakyat negeri Pahang.

Amirudin Shari

Beliau berkata, Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor menghubunginya selepas keputusan muktamad Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Pada PRU15 itu menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung selepas tiada blok politik memperoleh majoriti mudah. Itu yang berlaku buat pertama kali di Pahang.

Selain PH, Wan Rosdy yang juga pengerusi BN Pahang berkata, beliau turut dihubungi oleh Perikatan Nasional (PN) untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan negeri.

Tuan Ibrahim Tuan Man

“Namun PN yang diwakili Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan beberapa syarat bagi tujuan itu,” kata Wan Rosdy.

Antara syarat itu adalah Wan Rosdy diberi jawatan menteri penuh bertaraf senator manakala jawatan menteri besar dan Yang Dipertua DUN diberi kepada PN.

Jawatan Exco dibahagi secara sama rata dan tiga ADUN lantikan juga diberikan kepada PN, kata Wan Rosdy dalam memberi pencerahan tentang syarat yang diletakkan oleh PN/PAS.

Bagaimanapun Wan Rosdy berkata, PN kemudiannya menawarkan jawatan menteri besar kepada BN selepas dimaklumkan PH tidak meletakkan sebarang syarat dalam pembentukan kerajaan negeri.

“Saya kira-kira dan lihat ini bukan hendak berbincang tetapi sudah ditetap dan ditentukan… kalau saya setuju dengan permintaan mereka.

“Di DUN Pahang ada 42 kerusi. Kalau saya setuju mereka akan ada 22 undi di DUN yang boleh menyebabkan saya tersingkir pada bila-bila masa.

“Jadi jika ia berlaku, apa akan berlaku pada kerajaan negeri? Kita hendak tubuhkan kerajaan negeri kerana nak teruskan agenda kita untuk bekerja, teruskan kestabilan dan kemakmuran.

“Banyak agenda hendak dilakukan, bukan untuk politiking,” katanya semasa berucap pada Ceramah Umum PRU15 DUN Tioman dan Pasar Besar Rompin semalam.

Buat kali pertama di Pahang, BN dan PH berkongsi pentas pada ceramah pilihan raya apabila turut sama pada program itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Amirudin.

“Keputusan untuk bersama PH bukan keputusan saya seorang. Saya bawa dalam perbincangan dengan rakan-rakan ADUN, dalam Badan Perhubungan UMNO… saya ceritakan apa yang berlaku dan kami ADUN dan BN Pahang sebulat suara bersetuju nak bersama dengan PH,” katanya. – FMT – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button