Hiburan

PM ucap tahniah kepada Michelle Yeoh

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada pelakon Hollywood terkenal yang berasal dari Malaysia, Tan Sri Michellee Yeoh.

Yeoh menerima Anugerah Golden Globe atas pencapaian terbaiknya dalam bidang seni.

“Saya amat berharap pencapaian Tan Sri Michelle ini memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan menambah bakat kreatif lagi berkualiti,” kata Anwar menerusi catatannya di media sosial rasmi Anwar Ibrahim.

Aktres kelahiran Ipoh Perak berjaya mencipta sejarah apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Muzikal Komedi.

Michelle Yeoh di Anugerah Golden Globe

 

Dalam masa yang sama tulis Anwar lagi, beliau akan menonton filem terbaharu Yeoh berjudul ‘Everything Everywhere All at Once’ dalam masa terdekat.

Dalam filem tersebut Yeoh membawakan watak sebagai seorang ibu dan isteri yang mempunyai perniagaan dobi melalui pengembaraan pelbagai dimensi alam untuk menyelamatkan dunia. – SM

 

 

Anwar tak iktiraf golongan LGBT, konsep negara sekular dan idealogi komunis!

 

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button