Politik

PM terima Gerakan sertai PN

Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang telah keluar Barisan Nasional sebaik BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu mengumumkan menyertai Perikatan Nasional hari ini.

Menurut laporan FMT, Presiden Gerakan, Lau Hoe Chai memberitahu bahawa dia baru sahaja menerima pengesahan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

“Kami baru saja mendapat pengesahan bahawa kami telah diterima dalam gabungan Perikatan Nasional,” katanya kepada FMT.

Gerakan mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) pada 23 Jun 2018 kira-kira sebulan selepas BN kalah PRU-14 untuk menjadi parti bebas yang konstruktif.

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


“Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini, pemilihan parti di peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara. Ia selaras dengan matlamat kami untuk menyatukan parti dan ahli,” kata Gerakan dalam satu kenyataan pada masa itu.

Menurut kenyataan itu, GERAKAN wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat.-SM

 

 

(Visited 130 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button