Nasional

PM ke Mekah, UAE

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini berangkat ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung ke Asia Barat.

Menurutnya lawatan tersebut atas jemputan Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga penjaga dua masjid suci umat Islam iaitu Majidil Haram dan Majid Nabawi.

Muhyiddin menyifatkan lawatan itu cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam.

Katanya, langkah itu mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, pertemuan itu juga akan membincangkan isu kuota haji dan urusan umrah.

“Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini.

“Selain menghadap Yang Teramat Mulia Raja Salman, saya dijadual mengadakan pertemuan dengan Yang Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi,” kata Muhyiddin.

Sejurus selesai lawatan tersebut Perdana Menteri djadual mengadakan lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Muhyiddin dijadual bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

“Doakan agar perjalanan saya ini dipermudahkan dan segala urusan demi kemaslahatan ummah mendapat barakah oleh Allah SWT. Amin,” katanya.

Kunjungan tersebut adalah lawatan rasmi luar negara kedua Muhyiddin selepas menjawat jawatan Perdana Menteri kira-kira setahun lalu.

Sebelum ini Indonesia merupakan negara pertama yang dilawat Muhyiddin selepas diberi mandat untuk mentadbir negara.-SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button