Ekonomi

Abdul Rashid Hussain Pengerusi baharu Tabung Haji

Tokoh korporat yang juga pengasas Kumpulan Perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Abdul Rashid adalah bagi menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar yang tamat tempoh sebagai Pengerusi.
Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.
Dalam pengumuman itu, TH mengalu-alukan pelantikan ini dan bersyukur kerana menerima tokoh yang dihormati dan berpengalaman khususnya dalam bidang perniagaan.
Ini kerana beliau telah mengasaskan Kumpulan RHB, salah sebuah kumpulan perbankan terbesar negara.
“Kami yakin usaha untuk memperkukuhkan TH akan diteruskan dengan pengalaman dan kepimpinan beliau.

“Pelantikan Abdul Rashid juga diharap menjadikan TH sebagai institusi Islam yang dihormati atas pencapaian dan tadbir urus yang baik seiring dengan mandat penubuhannya untuk memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan Haji,” kata Syed Hamadah dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. – SM
(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button