Ekonomi

Arus perdanakan teknologi 5G, Majlis FTTH Asia Pasifik dan MSCA tandatangan MOU

Majlis Gentian (Fiber) Ke Rumah (FTTH) Asia Pasifik mengadakan persidangan Malaysia FIBERTalk 2023 bersama penggiat industri telekomunikasi (telco) bagi membincangkan pembangunan terkini industri.

Dalam masa sama, persidangan itu turut membincangkan kaedah untuk menangani cabaran dan peluang ‘fiber ke rumah’ yang menyediakan keterhubungan 5G dan internet semua benda (loT) untuk bandar pintar.

Ujar Presiden FTTH Asia Pasifik, Venkatesan Babu, telco terus berkembang dengan memanfaatkan teknologi baharu yang membolehkan penyelesaian yang lebih maju.

“Pendekatan yang diambil mampu memenuhi keperluan dunia sambil mengekalkan kemudahan pelanggan di barisan hadapan dalam usaha mereka.

“Persidangan ini adalah jalan yang sesuai untuk perkongsian pengetahuan dan rangkaian bagi membuka jalan kepada kerjasama untuk memacu pembangunan 5G dan loT untuk kehidupan lestari,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bowani Selvaratnam, menyertai eksekutif tertinggi dan Maxis Bhd, Telekom Malaysia dan Celcom.

Kesemua yang hadir merupakan sebahagian ahli yang membincangkan  Pelan Induk Penyambungan Pintar untuk Bandar Pintar Berdaya Tahan, Amalan Terbaik untuk Pembangunan FTTH dan gentian (fiber) untuk masa hadapan.

Kata Venkatesan, mereka juga meneroka peranan fiber dalam pelan hala tuju kepada 50 dengan mengambil kira cabaran dan keperluan backhaul yang diperlukan untuk menggunakan 5G dalam pembangunan Bandar Pintar.

Lebih-lebih lagi, sebagai sebahagian daripada perkembangan utama bandar pintar, teknologi generasi akan datang seperti 5G dan loT sedang muncul.

“Bandar ini memerlukan lebih banyak komunikasi silang di belakang tabir serta sensor berkomunikasi antara satu sama lain.

“Ini memerlukan komunikasi masa nyata melalui rangkaian rendah internet yang tidak boleh dilakukan tanpa gentian (fiber),” katanya.

Dalam majlis yang sama, agenda menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis FTTH Asia Pasifik dan Pertubuhan Bandar Mampan dan Pintar Malaysia (MSCA) disempurnakan.

Menerusi MoU tersebut, ia membolehkan Majlis FTTH Asia Pasifik memanfaatkan rangkaian ahli FTTH untuk memacu kerjasama secara kolektif dalam pembangunan Bandar Pintar.

Ini melibatkan pertukaran pengetahuan, kepakaran, teknologi dan pengetahuan untuk menyediakan penyelesaian telekomunikasi jangka panjang yang mampan untuk membangunkan bandar pintar.

MoU itu juga memerlukan kerjasama dalam pembinaan kapasiti untuk penilaian prestasi projek bandar mampan dan pintar, serta meneroka potensi jangkauan pasaran yang besar dalam segmen pendidikan dan latihan berasaskan teknologi IR 4.0. – SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button