Ekonomi

Spritzer lancar botol ikonik baru

 

KUALA LUMPUR 14 Julai – Pengeluar air mineral terkemuka tempatan, Spritzer melancarkan botol ikonik yang baru yang lebih bergaya dan berketrampilan

Botol berwajah baru yang dilancarkan hari ini boleh dikitar semula sepenuhnya dan ia juga diperbuat daripada bahan kitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer, Lim Seng Lee berkata, inisiatif yang betemakan ‘Wajah Baharu Tujuan Baharu’ (‘New Look New Purpose’) juga dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula botol.

Pembungkusan baharu ini diperbuat daripada bahan kitar semula, dan boleh dikitar semula sepenuhnya.

“Penampilan botol baharu yang lestari boleh dikitar semula. Ia bukan sahaja dapat memberi kitaran baharu terhadap pembungkusan, malah dapat mengurangkan pelepasan karbon secara langsung,” katanya di majlis pelancaran botol ikonik Spritzer baru di sini hari ini.

Botol baru ini menampilkan lengkungan botol yang anggun dan kelihatan moden itu berbentuk seperti titisan air dan direka bentuk dengan cengkaman ergonomik.

Spritzer berhasrat memperluaskan pasarannya melalui pengeluaran botol ikonik baharu ini yang akan membantu dalam mengukuhkan kedudukan jenamanya di peringkat antarabangsa.

Lim berkata, Spritzer terus melabur dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat berkongsi hasil penyelidikan dengan pengguna, di mana dengan minuman air mineral semulajadi yang kaya dengan silika dapat memberi manfaat kepada kesihatan pengguna.

“Antara kebaikan air mineral yang kaya dengan silika boleh membantu untuk mengoptimumkan sintesis kolagen dan mengurangkan paras aluminium dari badan kita.” katanya lagi.

Beliau menambah, Spritzer berhasrat memperluaskan pasarannya melalui pengeluaran botol ikonik baharu ini yang akan membantu dalam mengukuhkan kedudukan jenamanya di peringkat antarabangsa.

Spritzer telah menerima banyak pengiktirafan dan anugerah selama ini, termasuk Superior Taste Award oleh International Taste Institute dan merupakan air mineral pertama yang memenangi Diamond Taste Award di Malaysia.

Anugerah lain termasuk anugerah platinum Reader’s Digest’s Trusted Brands 2022 selama 21 tahun berturut-turut

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button