Ekonomi

Rosman dilantik Lembaga Pengarah EcoWorld

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat, Dato’ Seri Rosman Mohamed dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) berkuat kuasa 17 Jun 2022.

Sebelum ini beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

Rosman mempunyai pengalaman lebih 35 tahun pengurusan dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara seperti perbankan, pembangunan perniagaan, sumber manusia serta perakaunan termasuk di Maybank, British American Tobacco serta Cabot Corpo- ration.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan Pusat Kecemerlangan Syarikat Abdul Latif Jameel (ALJ), Arab Saudi, pengedar kenderaan Toyota swasta terbesar di dunia.

Rosman adalah pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Saint Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS).

Beliau turut dilantik sebagai penasihat dan penaung kepada Muslim Coach Association of Malaysia (MCAM), selain menjadi penasihat kepada tiga buah koperasi.

Ketika ini, Rosman juga adalah Ahli Lembaga Pengarah di Ni Hsin Group Bhd, Bou- stead Holdings, Khind Holdings, Kumpulan Cisco Security serta Ahli Majlis Ekonomi Ibrahim Johor (IJEC). – SM

Artikel berkaitan > Datuk Seri Rosman Mohamed kini Lembaga Pengarah Kumpulan Ni Hsin

(Visited 807 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button