EkonomiNasional

Datuk Seri Rosman Mohamed kini Lembaga Pengarah Kumpulan Ni Hsin

Datuk Seri Rosman Mohamed telah dilantik sebagai Lembaga Pengarah Kumpulan Ni Hsin berkuat kuasa pada semalam

Kumpulan Ni Hsin dalam satu kenyataan berkata, menerusi pelantikan tersebut, Rosman akan membeli nilai tambah untuk memacu pembangunan Ni Hsin.

Beliau juga kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah di Boustead Holdings, Khind Holdings, Kumpulan Cisco Security serta Ahli Majlis Eonomi Ibrahim Johor (IJEC).

Sebelum ini, Rosman pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif di Bank Rakyat.

Beliau mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman pengurusan dalam pelbagai industri seperti perbankan, pembangunan perniagaan, sumber manusia serta perakaunan di dalam dan luar negara termasuklah di Maybank, British American Tobacco dan Cabot Corporation.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan, Pusat Kecemerlangan Syarikat Abdul Latif Jameel (ALJ), Arab Saudi, pengedar Toyota swasta terbesar di dunia.

Untuk rekod, Rosman adalah pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Saint Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS). -SM

(Visited 556 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button