NasionalParlimen

Anwar Ibrahim nafi dirinya ahli politik murahan campur tangan kes mahkamah

BUAT kesekian kalinya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah campur tangan terhadap mana-mana kes mahkamah melibatkan pimpinan ahli politik termasuk daripada UMNO.

Beliau menegaskan, hanya menyokong mana-mana pendakwaan dibuat pihak berkuasa berdasarkan fakta dan bukti yang “tidak longgar serta boleh dicabar”.

“Tetapi menjadi perdana menteri..yang pertama jangan guna kedudukan untuk menganiaya orang.

“Saya bukan kelas ‘politician’ murah begitu rupa. Ini saya nak tegaskan di sini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) bertanya sama ada siasatan terhadap kes kapal tempur pesisir (LCS) akan diteruskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN) mendakwa penahanan dan pertuduhan terhadap pemimpin Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menjadi bukti pendakwaan yang dikenakan adalah menjurus ke arah bermotif politik.

SPRM sedang menyiasat dakwaan penyelewengan pakej rangsangan Covid-19 bernilai RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu diterajui PN.

Ini termasuk meminta dan menerima rasuah dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, tidak perlu menghukumnya lebih-lebih lagi menggunakan ayat al-Quran dengan mendakwa berlaku campur tangan dan menzalimi pimpinan pembangkang.

Beliau mempersoalkan sama ada pembangkang mempunyai bukti beliau berbuat demikian.

“Kalau ada tindakan dari SPRM, jangan hukum saya. Jangan guna al-Quran hukum saya zalim dan campur tangan.

“Saya nak beritahu pimpinan di sana yang sudah boleh jerit sesuka hati… saudara kena ingat sebagai seorang Muslim bertanggungjawab adakah saudara yakin ada bukti bahawa Anwar campur tangan untuk dakwa sesiapa,” katanya.

Tambah beliau, zalim jika dakwaan pembangkang itu tidak betul terhadapnya.

“Guna nama agama dan fitnah orang… sebut nama saya. Saya tidak campur. Boleh tanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, siasatan terhadap LCS juga diteruskan kerana pendakwaan peringkat awal LCS memang diakui tidak mencukupi.

Beliau berkata, tindakan sebelum ini tidak cukup membongkar dan bertindak kepada pelaku lebih utama yang dikatakan terlibat dalam kes LCS.

“Saya setuju ia tak cukup kerana skandal itu skala besar dan ketirisan berlaku. Mesti ada tindakan susulan. Jawapan oleh SPRM.. dia kata peringkat kedua dan akan teruskan,” katanya. – SM

 

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button