Politik

Jangan mimpilah jumlah pengundi PRN Johor tinggi, UMNO akan menang besar

SEPERTI mana berlaku pada Pilihan Raya Negeri Melaka, senario yang sama akan berlaku, bahkan lebih teruk di Johor, dengan kadar pengundian akan sangat rendah.

Ada beberapa faktor yang bakal menyumbang kepada jumlah pengundi yang rendah yang paling utama tentulah penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk keluar mengundi.

Ramai juga yang telah dijangkiti wabak berkenaan dan tidak dapat keluar mengundi, selain kontek rapat.

Faktor lain ialah pengundi luar yang tidak dapat pulang kerana terdapat kira-kira 200,000 pengundi Johor terkandas di Singapura apabila sempadan kedua-dua buah negara ditutup akibat pandemik.

Satu lagi faktor rakyat sudah jemu dengan politik dan tidak berminat untuk mengambil bahagian dan pada masa yang sama mereka sendiri masih bergelut untuk keluar daripada kegawatan ekonomi keluarga yang dihadapi akibat Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan serta darurat sebelum ini.

Ini bermakna UMNO-Barisan Nasional (BN) akan mampu meraih kemenangan besar sekali lagi seperti di Melaka, kerana mereka mempunyai jumlah penundi yang cukup untuk memberi kemenangan kepada calon-calon parti berkenaan.

Dijangkakan BN akan sekitar 40 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri Johor dan ini memberi kemenangan selesa dan sekaligus membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih stabil.

Walaupun Utusan Malaysia meramalkan peluang di Johor adalah sekitar 50-50 bagi pihak kerajaan negeri dan pembangkang, tetapi jangkaan itu dianggap sebagai ramalan yang selamat.

Bagaimanapun ada empat hari lagi untuk semua jentera parti yang bertanding untuk berkempen dan apa-apa juga boleh berlaku dalam tempoh itu.

 

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button