NegeriRencah Hidup

Muhammad Adi Harith juara Pencarian Bakat Idola Kecil “ADDL”

MUHAMMAD Adi Harith Syril muncul sebagai juara pada Program Pencarian Bakat Idola Kecil “Aku Dia Dan Lagu” (ADDL) di Laman Seni, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis hari ini.

Pertandingan ADDL ini dianjurkan oleh Kelab Peminat P. Ramlee dan Saloma (KPPRS) Negeri Perlis.

12 peserta menyertai Program Pencarian Bakat Idola Kecil “ADDL” di Laman Seni, JKKN Perlis hari ini.

Pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Kangar yang mendendangkan lagu
“Tiga Malam Tanpa Bintang” telah berjaya menambat hati para juri sehingga berjaya menggenepikan 11 peserta lain.

Adi yang menyertai pertandingan nyanyian sejak berusia enam tahun ini mengakui tidak menjangka akan kemenangan ini.

Katanya, saingan agak sengit kerana semua peserta adalah hebat-hebat belaka.

Anak sulong dari empat adik beradik ini ditemani oleh ayahnya, Syril Kamis, 41 dan ibu Siti Murni Mat Judin, 41 yang banyak memberi galakan termasuk guru.

Muhammad Adi berkata, dia memilih lagu nyanyian Fiq Mentor ini kerana senang untuk dibawa dan hanya mengambil masa selama tiga hari berlatih di rumah sambil dibantu oleh ayah dan ibu.

Sementara itu tempat kedua disandang oleh Aulia Maleeqa Abdul Munir, 12, yang membawa lagu “Tiga Malam Tanpa Bintang” dan ketiga pula Zulfa Marissa Umaira Zulkifli, 10 yang menyampaikan lagu “Standing In The Eye Of The World”.

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa hamper dan sijil.

Muhammad Adi Harith juara Program Pencarian Bakat Idola Kecil “ADDL” bergambar dengan hadiah kemenangan bersama ayah dan ibu di Laman Seni, JKKN Perlis hari ini.

Hadiah kepada pemenang utama disampaikan oleh Pemilik Stesen Minyak Shell, Rozana Ramli.

Pertandingan berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah.

Hadir sama Yang Dipertua Kelab Peminat P. Ramlee dan Saloma Negeri Perlis, Ghazali Johari.

Juri pertandingan ini terdiri dari Azlan Din dan Noor Hanan Hassan dari JKKN Perlis. – SM

BACA Jadi pengacara dan penyanyi, Farisha Iris akui tak terdesak nak popular

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button