Hiburan

Jadi pengacara dan penyanyi, Farisha Iris akui tak terdesak nak popular

Ramai yang mengenali Farisha Iris sebagai seorang penyanyi tetapi kini, gadis berusia 22 tahun ini cuba mengorak langkah ke dunia nyanyian pula.

Menurut Farisha, penglibatannya dalam dunia muzik bukanlah baharu apatah lagi sebelum ini dia pernah menyertai pertandingan Idola Kecil 2011 pada usia 12 tahun.

Terbaharu, Farisha tampil dengan single terbaharu berjudul Hello dan lagu ciptaan Audi Mok dan Shazee Ishak dan lirik Arisz Ab Rahman bukanlah yang pertama buatnya.

“Alhamdulillah, ini adalah single keempat saya. Sekali lagi saya merakamkan lagu berentak pop sama seperti single sebelum ini. Apa saya perasan, peminat sekarang pun sukakan genre pop.

“Jadi, apabila saya merakamkan lagu ini, saya berasakan orang boleh terima. Apatah lagi lagu ini sangat mesra telinga dan pasti mudah diterima. Pendek kata ia bukan lagu berat dan sesuai untuk semua.

“Kalau nak cakap genre yang diminati, diakui saya sukakan lagu balada kerana membesar dengan lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Secara tak langsung ia mempengaruhi minat saya. Tapi, apabila saya merakamkan lagu, ternyata rakaman lagu pop menjadi genre yang dikaitkan dengan diri saya.

“Kebetulan pula dari dulu sehingga sekarang, memang selalu dapat lagu bergenre pop. Jadi, saya anggap mungkin komposer dan penerbit berasakan vokal saya lebih sesuai dan kena dengan lagu pop. In Sya Allah, kalau ada peluang dan rezeki lain, saya mahu mencuba merakamkan lagu balada pula selepas ini,” katanya.

Mengulas mengenai kerjayanya sebagai penyanyi dan pengacara, Farisha mengakui dia tidaklah terlalu terdesan untuk meraih populariti.

“Saya tak terlalu mengejar ke arah itu atau terdesak nak popular. Kalau popular itu datang, saya anggap ia rezeki. Saya akan terus berusaha dan percaya dengan usaha gigih, kejayaan akan dapat dicapai.

“Lagi pula macam sekarang saya ada komitmen lain dibuat iaitu menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam di UiTM, Shah Alam. Jadi, dalam masa sama memang kena fokus belajar juga,” katanya.

Single terbaru “Hello” Farish Iris bakal dilancarkan di semua pelantar muzik digital pada hari ini. Video lirik lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada hari yang sama. -SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button