Nasional

PKP: Pertimbangkan bantuan khas peniaga terjejas bazar Ramadan

KERAJAAN diminta mempertimbangkan bantuan tambahan khas kepada peniaga-peniaga kecil yang terlibat dalam bazar Ramadan sebelum ini setelah segala bentuk perniagaannya termasuk secara pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan tahun ini.

Bendahari Angkatan Baru Malaysia, Amzaidin Amiruddin menarik perhatian, ada sesetengah peniaga tidak mempunyai lesen tetapi sudah berniaga lama, sekali gus wujud kekangan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Pusat mahupun negeri.

“Kami faham ada usahawan kecil yang bergantung kepada hasil jualan ketika bulan Ramadan yang jatuh pada 24 April ini.

“Harap anda semua boleh bersabar dan bersedia dalam apa bentuk cara atau kaedah. Semoga kerajaan boleh memberikan bantuan-bantuan tambahan khas buat peniaga-peniaga kecil ini,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Amzaidin berkata, badan bukan kerajaan (NGO) nya menyokong penuh keputusan kerajaan tidak membenarkan perniagaan bazar Ramadan beroperasi termasuk e-bazar yang bertujuan memperketatkan lagi pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membendung penularan COVID-19.

“Ya, apabila tiba bulan Ramadan sudah pasti banyak isi rumah membuat tempahan makanan dalam talian (online) atau pun pandu lalu.

“Difahamkan, angkanya besar sekurang-kurangnya 3,000 hingga 5,000 tempahan setiap daerah di seluruh negara.

“Justeru, amat membimbangkan sekiranya kerajaan membenarkan perlaksanaan e-bazar atau Bazar Ramadan,” kata Amzaidin lagi. – SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button