Politik

Pilihan Raya PBT boleh cetuskan ketidakharmonian – Akmal

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, usul Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai mencadangkan diadakan Pilihan Raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan hanya akan mencetuskan ketidaharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, usul itu umpama provokasi sengaja terhadap “status quo” persefahaman di antara kaum yang dikecapi selama ini.

Beliau berkata, provokasi pendapat ini membuka ruang supaya ada perbincangan dan perbezaan pandangan yang akan melebarkan rasa tidak senang.

“Jika hendak dilakukan pilihanraya PBT di Kuala Lumpur, demografi penduduk berdasarkan bancian di Wilayah Kuala Lumpur adalah seramai 1,588,750 orang.

“Daripada jumlah itu hanya 45.9 peratus merupakan penduduk bumiputera. Jika diadakan pilihanraya, semestinya ketidakseimbangan akan wujud dan boleh dijangka apa kesudahannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai ketika berucap dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur supaya kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Muhamad Akmal berkata, selama enam dekad Malaysia ditadbir, ia bedasarkan konsensus dan kemuafakatan serta disokong serta disenangi oleh majoriti rakyat di negara ini.

“Kenyataan-kenyataan sebegini seolah ada mesej atau isyarat yang tersirat yang hendak disampaikan.

“Pimpinan DAP seharusnya lebih sensitif dan menghormati kehormanian sedia ada, bukan membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat sesama kaum,” ujarnya.

Menurutnya, Pemuda UMNO tidak sesekali berkompromi dengan apa jua cadangan serta tindakan seumpama ini.

Katanya, Berada di dalam kerajaan yang sama tidak bermaksud boleh bersetuju dalam semua perkara kerana kerajaan ini bukanlah kerajaan DAP tetapi ia dibina dengan kehadiran UMNO dan segala keputusan yang melibatkan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu.

“Kami tidak akan sedikit pun berganjak apa lagi mengalah,” ujarnya lagi. – SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button