fbpx
NasionalPolitik

Kesihatan ahli Parlimen Temerloh amat positif, stabil

KEADAAN kesihatan ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir amat positif dan stabil selepas diserang strok sejak sebulan lalu.

Sehubungan itu, Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin yang mengatakan Mohd Anuar berada dalam keadaan kritikal.

Timbalan Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan berkata, Mohd Anuar yang juga TImbalan Menteri Kerja Raya sudah boleh berkomunikasi dengan baik.

Malah beliau, menunjukkan tindak balas memberangsangkan sepanjang tempoh menerima rawatan tersebut.

“Amanah menafikan khabar angin tersebut. Doktor yang merawat beliau turut mengesahkan tiada pembedahan yang akan dijalankan ke atas beliau sebagaimana berita yang tular di media sosial.

“Untuk makluman lanjut, Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung Amanah mula menjalani rawatan fisioterapi pada awal minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Ahmad Kerdee berkata, pihaknya berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Mohd Anuar.

Mohd Anuar dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman Hospital Kuala Lumpur sejak bulan lalu akibat strok. -SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button