fbpx
BeritaPolitik

Mampukah kenyalang berkokok?

KETIKA Barisan Nasional tumbang para pemimpin Sarawak membuat keputusan di luar biasa apabila mereka menubuhkan Gabungan Parti Sarawak atau GPS , iaitu sesuatu yang diluar jangkaan ramai.

Ramai juga yang menjangkakan gabungan itu tidak akan berdiri lama, sebaliknya akan condong kepada kerajaan Pakatan Harapan demi kelangsungan hidup sebagaimana yang dilakukan di Sabah melalui Warisan mengambil alih daripada UMNO dan telah mendakap Pakatan Harapan.

Setakat hari ini Sarawak masih kekal di bawah pemerintahan GPS dan gagasan itu baru sahaja mengadakan persidangan sulong mereka. GPS bukan dipimpin oleh calang-calang tokoh Abang Johari Openg selaku ketua menteri dibantu James Jemut Masing dan Douglas Unggah Embas bergerak lancar dan rasanya lebih lancar berbanding sebelum ini.

Parti-parti utama dari Semenanjung hanya UMNO yang masih mengekalkan rekod gagal menjejaki kaki di Bumi Kenyalang dan dalam terdekat ini rasanya ia tidak akan berlaku kerana nafsu pemimpin parti Melayu itu lebih tertumpu kepada permasalahan di Semenanjung. Dengan menolak Amanah iaitu parti serpihan Pas tajaan DAP.

Sementara Pas, PKR, DAP dan yang terbaharu ialah Bersatu telah melangkah kaki ke Sarawak untuk menghadapi pilihan raya negeri yang biasa diadakan berasingan daripada pilihan raya umum.

Jika ketika berada di dalam Barisan Nasional sendiri para pemimpin Sarawak sentiasa tegas dan tidak mudah tunduk dengan doktrin politik Semenanjung kini mereka semakin berdikari dan apatah lagi ketika suara mereka semakin lantang serta perlu didengari.

Ujiannya kini apabila pilihan raya negeri. Jika sebelum ini mereka mendapat sokongan penuh pemerintah Barisan Nasional untuk berdepan dengan parti-parti lawan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan calon yang berwibawa, tetapi kini mereka bakal berdepan dengan jentera kerajaan Pakatan Harapan yang pastinya akan mengerah segenap lapisan dan tenaga yang ada untuk menumbangkan GPS.

Rakan Barisan Nasional melalui Muafakat Nasional yang ada di Sarawak kini hanyalah Pas dan parti itu tidak pernah memenangi sebarang kerusi sejak pembabitan mereka di Sarawak.

Keterbatasan pembangkang sebelum ini adalah akses di Sarawak kerana jalan perhubungan yang masih terhad, tetapi dengan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan Pakatan Harapan mempunyai sumber yang cukup untuk menggerakkan jentera parti mereka ke seluruh pelosok Sarawak tanpa ada halangan.

Jika sebelum ini pembangkang hanya mampu memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi bandar kerana ia mudah diakses tetapi kini mereka telah menyusup ke seluruh kawasan pedalaman.

PKR contohnya kini diketuai oleh orang yang paling kaya di Sarawak iaitu Larry Sng yang memenangi kerusi Parlimen Julau di atas tiket Bebas menewas Joseph Salang Gandum sebelum menyeberang ke kem PKR.

Jadi tidak hairan apabila Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tidak terlalu teruja dengan kemenangan besar Barisan Nasional di pilihan raya kecil Tanjung Piai kerana beliau sedar sokongan Muafakat Nasional tidak akan banyak membantu sebaliknya mereka perlu berdepan sendiri dengan cabaran yang bakal dihadapi pada pilihan raya negeri.

Mampukah burung kenyalang iaitu logo yang dipakai oleh GPS berkokok, kita lihat pada pilihan raya negeri nanti yang mungkin diadakan tahun hadapan.

Show More

Related Articles

Back to top button