Nasional

Covid-19: KKM bayang perintah berkurung dilaksana

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi bayangan bahawa perintah berkurung akan dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Coronavirus (Covid-19).

Menurut beliau, proses pembendungan wabak pandemik itu kini sudahpun memasuki fasa akhir (Late Containment).

Katanya, meskipun memasuki fasa akhir, pihak kementerian sudahpun menjalankan proses pembendungan peringkat mitigasi sebagai langkah awal sebelum memasuki peringkat itu.

[BACA] Covid-19: Malaysia Airlines berisiko bankrap — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: Indonesia lancar kempen nyah-jangkitan di masjid

Walau bagaiamanapun, beliau tidak mahu mengesahkan perkara tersebut dan meminta pihak media dan orang ramai supaya mendengar pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam ini.

“Kita sudah sampai fasa pembendungan akhir dan melaksanakan kerja-kerja peringkat mitigasi. Jadi Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dimaklumkan.

“Kita perlu menangani wabak ini secara serius dan Perdana Menteri bersama MKN akan melakukan sesuatu yang penting untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar kementeriannya di Putrajaya petang ini.

PIHAK berkuasa melakukan pemeriksaan terhadap pelancong yang melancong ke negara ini bagi mengenal pasti mereka dijangkiti wabak Coronavirus.

Menurut Adham Baba lagi, negara mengalami peningkatan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 sebanyak 553 orang.

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, seramai 125 jangkitan baharu dilaporkan dan 95 peratus daripadanya merupakan kluster tabligh.

“Jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) turut meningkat kepada 12 orang dan memerlukan bantuan alat pernafasan,” jelasnya.

[BACA] Jurucakap COVID-19: KKM, Dr Zul atau mufti? — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: 125 kes baharu dicatatkan hari ini — Suara Merdeka

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memberi kerjasama membendung penularan wabak Covid-19.

Antaranya adalah membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan cecair nyah infeksi (sanitasi) bagi memutuskan rantaian tansmisi virus tersebut. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button