Nasionalpilihan

Rakyat dan parti tetap nombor satu, Ismail Sabri hadir ke mesyuarat MKT UMNO!

Menjadi seorang Perdana Menteri memerlukan ketahanan fizikal, mental serta keupayaan untuk hadir ke lokasi tertentu mengikut keutamaan agenda.

Bayangkan pada malam semalam (26 Ogos), Datuk Seri Dr. Ismail Sabri perlu berada dalam acara Malam Kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022 di Kuala Lumpur.

Dan pada siang (27 Ogos), beliau perlu melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Penjenamaan Semula Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Peringkat Kebangsaan di Bera, Pahang.

Seterusnya pada malam ini, Ismail berjaya menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Ismail Sabri tiba kira-kira jam 8.40 malam sebelum mesyuarat dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dimulakan pada jam 8.50 malam.


Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selain ahli MKT lain.

Misalnya pada sebelah petang, Taklimat Khas Presiden UMNO berjalan lancar dengan penuh semangat yang berkobar-kobar, sama seperti warna baju, merah.

Terdahulu pada sebelah petang, Dewan Merdeka di WTC menyaksikan 2,000 ahli berkobar-kobar mendesak supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

(Visited 148 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button