Nasional

RON95 kini RM1.30 seliter

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 turun lapan sen seliter, masing-masing kepada RM1.30 dan RM1.60 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 10 April.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.58.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.-SM

 

(Visited 31 times, 1 visits today)


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button