fbpx
Ekonomi

PH luluskan 101 projek bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan di Parlimen Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Pendedahan itu timbul selepas Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun mencelah ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19 2020), di Dewan Rakyat, hari ini.

Butiran berhubung rundingan secara terus yang dilakukan pentadbiran PH, selepas peralihan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu menyebabkan suasana persidangan dewan bertukar kecoh, selain beberapa Ahli Parlimen mendesak supaya senarai projek berkenaan dibentangkan untuk penelitian lanjut.

“Saya terbuka sekiranya YB nak berikan senarai itu tender-tender yang diberikan, itu bukan diberikan secara terbuka.

“Kalau kita lihat jumlah yang diberikan, secara tender terbuka jauh lebih besar dan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berhormat sebutkan tadi. Seperti yang disebutkan tadi, Ini juga diberikan di bawah kelulusan Kabinet dan juga peraturan yang sedia ada,” kata Guan Eng.


Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Beliau berkata, antaranya merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera.

“Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan sedia ada dan yang baharu diperoleh.

“Satu punca bekalan atau perkhidmatan, iaitu pengeluaran produk hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber saja, keselamatan strategi babitkan perolehan demi keselamatan, kontrak daripada Bumiputera yang penuhi syarat kelayakan,

“Dalam perkara ini, kementerian perlu kemukakan permohonan perolehan secara rundingan terus berdasarkan kriteria berkaitan kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan sebelum perolehan dapat dilaksanakan sebagai langkah kawalan,” kata kata Tengku Zafrul.-SM

 

 

 

 

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button